Friday, August 21, 2015

#UTMawesome

Good evening,

So we just knew our UPU results on 13th August. Alhamdulillah. My sister and I were offered a place in Ukm and Utm. Ijie gonna continue her studies in Architecture while me doing my major Maths.

In the offer letter, I am placed in Kolej Tun Fatimah (KTF). Hi to KTF resident. Cikka (my aunt which is a year older than me and she is studying in Utm too) said, KTF is the only girls' college in Utm. So yeah, maybe it would be great years to be in only girls community. I guess... Its okay. Lets strive for the best moments at university!

So Johor, here I come.

Anyway, congratulations to all of my friends who managed to get themselves into university. (as far as I concerned, all of my practicum pals got the offered to continue their study. It was a great 2 years with them). So guys, all the best at your new places! Road to degree ;)

Insha Allah,
Panjang umur, murah rezeki, kita berjumpa lagi noh :D

Thursday, August 6, 2015

HARAPAN.

“Nasha, tunggu aku!”
“Ergh mamat ini, tidak ada kawan lain ke?! Sibuk sangat mahu mengikuti aku. Rimaslah!” getus aku perlahan.
“Nasha... huh...huh... Laju sungguh kau. Lelah aku. Kau nak pergi mana selepas ini?”
“Aku mahu balik rumah je. Kenapa?”
“Marilah makan tengah hari bersama-sama. Aku tengah lapar ini.”
“Aku makan di asrama, Biha sudah siapkan makanan di rumah. Dia baru saja mesej aku tadi...”
“Ala... Kalau begitu aku juga mahu pulang sajalah.”
“Eh, kau pergilah makan. Tadi katanya lapar.”
“Aku mahu makan sama-sama dengan kau, tapi kau mahu makan di rumah. Nasha tidak sayang Nazri lagi ke?”
Cehhh, ada-ada kau ni. Kau yang lambat. Biha awal lagi sudah ajak aku makan bersama-sama.”
“Oh, kalau begitu jemputlah aku juga makan bersama-sama dengan kamu berdua.”
“Biha ajak aku saja, dia tidak ajak kau. Huhu, sorry bro. Okay, jumpa lusa. Tutoran jangan lupa disiapkan ya!”
“Ya ya, baiklah. Terima kasih ingatkan. Bye bye...”

          Aku terus memasuki perkarangan asrama ku. Kelihatan Biha dan makciknya sedang berbual rancak di sebelah asrama kami.

“Assalammualaikum, Mak Adda.” sambil aku menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Waalaikumsalam, Nasha. Baru habis kelas ke?” tanya Mak Adda kepada aku.
“Ya baru habis. Hari ini jadual pendek saja. Mak Adda apa khabar?”
“Alhamdulillah, sihat. Eh, Mak Adda ada masakkan untuk kamu berdua lauk tengah hari. Makanlah sama Biha nanti.”
“Terima kasih Mak Adda. Tidak mahu makan bersama kami ke? Marilah naik dahulu. Biha, petang ini kau ada kelas lagi ke?”
“Tidak apalah, Mak Adda mahu ke kedai kek selepas ini. Ada beberapa bahan lagi yang nak di cari.”
“Tidak ada. Hari ini jadual aku pun habis awal.” selit Biha.
“Okay anak-anak, Mak Adda beransur sekarang ya. Senang-senang nanti datanglah rumah. Tapi telefon dahulu ya. Bye bye.”
“Insha Allah. Bye Mak Adda. Hati-hati memandunya...” kata ku dan Biha serentak. Terdiam seketika, tersenyum. Jinx.

          Kami memerhati kereta Vios berwarna silver itu keluar daripada kawasan asrama.

“Nasha, jom makan.” Biha mengajak.
“Jom jom.”

Usai makan makanan yang diberikan oleh Mak Adda tadi, aku bersiap-siap untuk melaksanakan solat Zohor pula. Jam 2 pm nanti aku sudah rancang mahu ke POPULAR, sudah lama rasanya aku tidak menghabiskan masa aku di kedai buku itu. Duit poket pun aku sudah simpan, khas untuk berbelanja di POPULAR. Entah mengapa, aku suka duduk, lepak di kedai-kedai seperti itu. Aku suka kumpul pen-pen, pensel, buku nota yang comel-comel. Seronok rasanya.

“Biha, kau mahu ikut aku ke kedai buku?”
Tak sis, tapi boleh aku kirim?”
“Kau mahu kirim apa?”
“Buku-buku nota kau comel, aku berkenanlah. Belikan satu yang berwarna purple, boleh?”
“Boleh. Satu saja ke?”
“Satu sudahlah, aku mahu cuba-cuba dahulu. Aku mahu tulis diari saja. RM20 cukup ke?”
‘Oh, okay okay. Lebih daripada cukup.”
Masheh Nasha, muah muah sayang kau!”
‘Eleh, masa ini baru nak sayang aku. Booo hahaha. Bye.”
“Hehe. Bye bye Nasha. Hati-hati!”

          Sejak Ibu dan Baba aku berpindah ke Australia, kami semua hilang tempat mengadu. Dua orang adik lelaki aku sedang menuntut di SBP, Ila pula sambung pengajian ijazahnya di Amsterdam. Orang-orang sekeliling melihat kami sebagai sebuah keluarga yang kaya, kononnya ibu bapa menetap di luar negara, si adik belajar di overseas. Hakikatnya, cuma kami yang tahu. Kami empat beradik ditampung oleh makcik-makcik saudara sebelah keluarga Ibu. Ila pula menerima biasiswa yayasan wilayah. Sementara aku ada membuat pinjaman boleh ubah daripada MARA. Dapat juga kami mengurangkan beban nenek dan atok, serta makcik-makcik kami.

Biha sudah aku anggap seperti saudara aku sendiri. Cuma dia tempat aku berkongsi cerita. Nurul sudah pulang ke rumahnya, dia menangguhkan pengajian untuk satu sem. Seminggu lagi dia bakal bergelar ibu, Alhamdulillah. Aku tumpang gembira untuk khabar baiknya itu. Mudah-mudahan dia selamat bersalin.
        Aku mencapai kasut emerald green ku di atas rak kasut, lalu menyarungnya dengan laju. Aku bergegas turun, takut tertinggal bas pula. Biasanya, bas rapid akan lalu di depan kampus aku pada jam 2 pm. 15 minit kemudian, aku tiba di Jusco Alma. Hari ini jalan raya tidak begitu sesak, jadi aku sampai 10 minit awal. Nampaknya, lamalah aku akan menghabiskan masa di POPULAR.

Kring kring kring ~

“Ish, siapa telefon ini? Tidak mungkin Biha, sebab dia sudah pesan di rumah tadi. Dia bukan jenis yang suka telefon orang...” bisik ku.
“Hello, hello.”
“Ya, ada apa Nazri?” sahut ku malas.
“Kau di mana? Teman aku keluar boleh?”
“Aku di luar. Maaf, tak boleh temankan kau.”
“Kau pergi mana, kenapa tidak ajak aku?” rungutnya.
“Aku...” talian tiba-tiba terputus. Lega. Barangkali dia kehabisan kredit, huhu.

          Sesampainya di pintu depan POPULAR, macam-macam aku sudah bayangkan untuk di bawa pulang ke rumah. Aku memasuki ruang ala-alat tulis dahulu, seterusnya ke alatan seni, dan kemudiannya ke bahagian novel-novel. Setengah jam kemudian bakul ku sudah dipenuhi dengan pen-pen yang berwarna-warni dan comel. Buku nota yang Biha mahukan sudah habis, jadi aku belikan untuk Biha buku diary berwarna purple. Dia pasti suka, siap ada sticker bentuk hati.

 Aku menuju ke bahagian novel-novel. Ada beberapa buah buku yang menarik minat aku untuk membacanya. Sedang ralit-ralit membaca sinopsis beberapa buah novel inggeris, tidak aku sedar kaki ku sedang melangkah ke belakang, mencari tempat untuk bersandar.

“Hmm lain macam lembut je dinding ini~” aku terkedu.
“Ehem...”
“Tuan, maaf tuan! Saya tak sengaja.” ucapku laju.
“Nampak tua sangat ke saya ni? Saya student lagi ya cik adik.”
“Sorry, bro. Aku cuak sangat aku tak tengok orang dah.”
“Amboi bahasa dia. Siapa nama ni?”
“Ish, maaflah. Aku landing sikit je tadi. Tak perlu acah manis, kalau marah...” belum sempat aku habiskan ayat, telefon berdering lagi.

Kring kring kring ~

“Hello? Ya, okay okay...”


Siapa lagi kalau bukan si Nazri yang menghubungi aku. 

sambung...