“Nasha,
tunggu aku!”
“Ergh
mamat ini, tidak ada kawan lain ke?! Sibuk sangat mahu mengikuti aku.
Rimaslah!” getus aku perlahan.
“Nasha...
huh...huh... Laju sungguh kau. Lelah aku. Kau nak pergi mana selepas ini?”
“Aku
mahu balik rumah je. Kenapa?”
“Marilah
makan tengah hari bersama-sama. Aku tengah lapar ini.”
“Aku
makan di asrama, Biha sudah siapkan makanan di rumah. Dia baru saja mesej aku
tadi...”
“Ala...
Kalau begitu aku juga mahu pulang sajalah.”
“Eh,
kau pergilah makan. Tadi katanya lapar.”
“Aku
mahu makan sama-sama dengan kau, tapi kau mahu makan di rumah. Nasha tidak
sayang Nazri lagi ke?”
“Cehhh, ada-ada kau ni. Kau yang lambat. Biha awal lagi sudah ajak aku makan bersama-sama.”
“Oh, kalau begitu jemputlah aku juga makan bersama-sama dengan kamu berdua.”
“Biha
ajak aku saja, dia tidak ajak kau. Huhu, sorry bro. Okay, jumpa lusa. Tutoran
jangan lupa disiapkan ya!”
“Ya
ya, baiklah. Terima kasih ingatkan. Bye bye...”
Aku terus memasuki perkarangan asrama
ku. Kelihatan Biha dan makciknya sedang berbual rancak di sebelah asrama kami.
“Assalammualaikum, Mak Adda.” sambil aku menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Waalaikumsalam,
Nasha. Baru habis kelas ke?” tanya Mak Adda kepada aku.
“Ya
baru habis. Hari ini jadual pendek saja. Mak Adda apa khabar?”
“Alhamdulillah,
sihat. Eh, Mak Adda ada masakkan untuk kamu berdua lauk tengah hari. Makanlah
sama Biha nanti.”
“Terima
kasih Mak Adda. Tidak mahu makan bersama kami ke? Marilah naik dahulu. Biha, petang
ini kau ada kelas lagi ke?”
“Tidak
apalah, Mak Adda mahu ke kedai kek selepas ini. Ada beberapa bahan lagi yang nak di cari.”
“Tidak
ada. Hari ini jadual aku pun habis awal.” selit Biha.
“Okay
anak-anak, Mak Adda beransur sekarang ya. Senang-senang nanti datanglah rumah.
Tapi telefon dahulu ya. Bye bye.”
“Insha
Allah. Bye Mak Adda. Hati-hati memandunya...” kata ku dan Biha serentak.
Terdiam seketika, tersenyum. Jinx.
Kami memerhati kereta Vios berwarna
silver itu keluar daripada kawasan asrama.
“Nasha,
jom makan.” Biha mengajak.
“Jom
jom.”
Usai makan makanan yang diberikan oleh Mak Adda tadi,
aku bersiap-siap untuk melaksanakan solat Zohor pula. Jam 2 pm nanti aku sudah
rancang mahu ke POPULAR, sudah lama rasanya aku tidak menghabiskan masa aku di
kedai buku itu. Duit poket pun aku sudah simpan, khas untuk
berbelanja di POPULAR. Entah mengapa, aku suka duduk, lepak di kedai-kedai
seperti itu. Aku suka kumpul pen-pen, pensel, buku nota yang comel-comel.
Seronok rasanya.
“Biha, kau mahu ikut aku ke kedai buku?”
“Tak sis, tapi boleh aku kirim?”
“Kau mahu kirim apa?”
“Buku-buku nota kau comel, aku berkenanlah. Belikan
satu yang berwarna purple, boleh?”
“Boleh. Satu saja ke?”
“Satu sudahlah, aku mahu cuba-cuba dahulu. Aku mahu
tulis diari saja. RM20 cukup ke?”
‘Oh, okay okay. Lebih daripada cukup.”
‘Masheh
Nasha, muah muah sayang kau!”
‘Eleh, masa ini baru nak sayang aku. Booo
hahaha. Bye.”
“Hehe. Bye bye Nasha. Hati-hati!”
Sejak Ibu dan Baba aku berpindah ke Australia, kami semua hilang tempat mengadu. Dua orang adik lelaki aku sedang menuntut di SBP, Ila pula sambung pengajian ijazahnya di Amsterdam. Orang-orang sekeliling melihat kami sebagai sebuah keluarga yang kaya, kononnya ibu bapa menetap di luar negara, si adik belajar di overseas. Hakikatnya, cuma kami yang tahu. Kami empat beradik ditampung oleh makcik-makcik saudara sebelah keluarga Ibu. Ila pula menerima biasiswa yayasan wilayah. Sementara aku ada membuat pinjaman boleh ubah daripada MARA. Dapat juga kami mengurangkan beban nenek dan atok, serta makcik-makcik kami.
Biha sudah aku anggap seperti saudara aku sendiri. Cuma dia tempat aku berkongsi cerita. Nurul sudah pulang ke rumahnya, dia menangguhkan pengajian untuk satu sem. Seminggu lagi dia bakal bergelar ibu, Alhamdulillah. Aku tumpang gembira untuk khabar baiknya itu. Mudah-mudahan dia selamat bersalin.
Biha sudah aku anggap seperti saudara aku sendiri. Cuma dia tempat aku berkongsi cerita. Nurul sudah pulang ke rumahnya, dia menangguhkan pengajian untuk satu sem. Seminggu lagi dia bakal bergelar ibu, Alhamdulillah. Aku tumpang gembira untuk khabar baiknya itu. Mudah-mudahan dia selamat bersalin.
Aku
mencapai kasut emerald green ku di atas rak kasut, lalu menyarungnya dengan laju. Aku
bergegas turun, takut tertinggal bas pula. Biasanya, bas rapid akan lalu di
depan kampus aku pada jam 2 pm. 15
minit kemudian, aku tiba di Jusco Alma. Hari ini jalan raya tidak begitu sesak,
jadi aku sampai 10 minit awal. Nampaknya, lamalah aku akan menghabiskan masa di
POPULAR.
Kring kring kring ~
“Ish, siapa telefon ini? Tidak mungkin Biha, sebab dia
sudah pesan di rumah tadi. Dia bukan jenis yang suka telefon orang...” bisik ku.
“Hello, hello.”
“Ya, ada apa Nazri?” sahut ku malas.
“Kau di mana? Teman aku keluar boleh?”
“Aku di luar. Maaf, tak boleh temankan kau.”
“Kau pergi mana, kenapa tidak ajak aku?” rungutnya.
“Aku...” talian tiba-tiba terputus. Lega. Barangkali dia kehabisan kredit, huhu.
Sesampainya
di pintu depan POPULAR, macam-macam aku sudah bayangkan untuk di bawa pulang ke
rumah. Aku memasuki ruang ala-alat tulis dahulu, seterusnya ke alatan seni, dan
kemudiannya ke bahagian novel-novel. Setengah jam kemudian bakul ku sudah
dipenuhi dengan pen-pen yang berwarna-warni dan comel. Buku nota yang Biha mahukan sudah habis, jadi aku belikan untuk Biha buku diary berwarna purple. Dia pasti
suka, siap ada sticker bentuk hati.
Aku menuju ke
bahagian novel-novel. Ada beberapa buah buku yang menarik minat aku untuk
membacanya. Sedang ralit-ralit membaca sinopsis beberapa buah novel inggeris,
tidak aku sedar kaki ku sedang melangkah ke belakang, mencari tempat untuk
bersandar.
“Hmm lain macam lembut je dinding ini~” aku terkedu.
“Ehem...”
“Tuan, maaf tuan! Saya tak sengaja.” ucapku laju.
“Nampak tua sangat ke saya ni? Saya student lagi ya
cik adik.”
“Sorry, bro.
Aku cuak sangat aku tak tengok orang dah.”
“Amboi bahasa dia. Siapa nama ni?”
“Ish, maaflah. Aku landing
sikit je tadi. Tak perlu acah manis, kalau marah...” belum sempat aku habiskan
ayat, telefon berdering lagi.
Kring kring kring ~
“Hello? Ya, okay okay...”
Siapa lagi kalau bukan si Nazri yang
menghubungi aku.
sambung...
No comments:
Post a Comment